5 LANGKAH UNTUK MENGELAKKAN STROK

Share This Post

Strok atau angin ahmar adalah salah satu penyakit yang banyak dihadapi oleh warga tua.

Strok/angin ahmar adalah satu keadaan dimana berlakunya penyempitan salur darah ke bahagian otak atau salur darah pecah. 

Sebahagian dari tisu otak akan rosak disebabkan kekurangan bekalan oksigen. Apabila bahagian tisu otak tersebut rosak, ia akan mati lalu fungsi otak akan hilang. Penyakit ini adalah sangat berbahaya dan boleh menyebabkan kecacatan kekal.

Strok boleh dibahagikan kepada 2 jenis iaitu :

  1. Thrombotic/ischaemic stroke : Dimana Ia berlaku apabila salur darah arteri ke bahagian otak tersumbat.
  2. Haemorrhagic stroke : Dimana ia berlaku apabila salur darah arteri ke bahagian otak pecah. 

Terdapat banyak langkah yang boleh diamalkan untuk mengelakkan strok. Antara 5 langkah untuk mengelakkan strok adalah seperti yang tertera di infografik dibawah.

LANGKAH UNTUK MENGELAKKAN STROK
#1 : BERSENAM

  • Bersenam sebagai rutin mingguan merupakan salah satu cara terbaik untuk kekal sihat dari segi fizikal dan mental.
  • Peruntukan sekurang-kurangnya 2jam/seminggu untuk beriadah bagi mengkalkan tahap prestasi jantung anda.

LANGKAH UNTUK MENGELAKKAN STROK
#2 : MEREGANGKAN OTOT

  • “Stretching exs” dan “massage”boleh membantu meredakan otot2 yang tegang serta dapat melancarkan aliran darah di dalam badan.

LANGKAH UNTUK MENGELAKKAN STROK
#3 : SENAMAN PERNAFASAN

  • Duduk tegak dan pastikan anda dalam keadaan selesa.
  • Tutup mata.
  • Bayangkan anda berada di suatu tempat yg tenang dan aman.
  • Tarik nafas perlahan-perlahan melalui hidung dan hembus panjang melalui    mulut.
  • Ulang sehingga 5-10 minit

LANGKAH UNTUK MENGELAKKAN STROK
#4 : DIET SEIMBANG

  • Pemakanan yang baik dan seimbang juga penting bagi membantu mengekalkan kesihatan yang baik.

LANGKAH UNTUK MENGELAKKAN STROK
#5 : BEREHAT SEBENTAR 

  • Beri lebih masa kepada badan dan minda untuk beristirehat.
  • Untuk Muslim, dengan bersolat kita mampu untuk menenangkan fikiran dari segala kekusutan.

“Jiwa Yang Tenang, Hasil Daripada Badan Yang Sihat”

More To Explore

fisioterapi

Fisioterapi Sentul: Physiogo Bersedia Membantu Anda!

Rawatan fisioterapi semakin popular di kalangan rakyat malaysia dan kini terdapat banyak pusat fisioterapi profesional di Malaysia. Salah satunya adalah cawangan Physiogo Sentul. Fungsi utama

skoliosis

Skoliosis: Simptom, Cara Pencegahan dan Rawatan

Masalah tulang belakang seperti skoliosis bukan lagi perkara yang asing di telinga masyarakat di Malaysia. Tulang belakang mempunyai bengkokkan semula jadi dan bengkokkan itu diperlukan